“Hangus ribuan modal..” – Peniaga2 menangis, puluhan gerai musnah menjelang raya

Kira-kira 30 peniaga ‘berputih mata’ apabila gerai mereka yang menjadi tumpuan membeli-belah ketika menjelang Aidilfitri musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India awal pagi tadi.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’ sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut,” kata Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran.

Modal niaga hangus sekelip mata…Masing2 mengalir air mata tengok kedai rentung…Perit tengok, semoga peniaga2 tabah!Sedihnya! Dugaan nak sambut raya…

Sumber : Utusan Malaysia , Akhiroth Ov Heyrold

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here