“Kami tak kuat dan amat rindukan Adam…” -The Family UK

Hari ini, genap dua hari pemergian Chef Selebriti, Adamdidam yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Kehilangannya masih lagi terasa oleh peminat yang mengikutinya di Instagram.

Seperti semua sedia maklum, Allahyarham Adam amat rapat dengan keluarga TheFamily.UK, terutamanya anak saudaranya, Fatimah.

Bersama Fatimah…Luahan TheFamily.UK

Sebentar tadi, menerusi Instagram TheFamily.UK keluarga ini telah memuat naik satu status menyatakan tentang kesedihan mereka terhadap kehilangan Allahyarham Adam.

Menurut mereka, pemergian Adam merupakan satu kehilangan besar, namun mereka akur dan redha kerana Allahyarham telah dijemput bertemu pencipta-Nya di bulan yang mulia pada hari yang istimewa buat Allahyarham.

View this post on Instagram

Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir… #SundayWithAdam @adamdidam 14 Ramadhan 1440 . p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

“Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam.”

Menerusi ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan takziah dan doa kepada Allahyarham. Mereka juga berharap agar keluarga TheFamilyUK tabah menghadapi ujian.

Adam pergi terlalu cepat

Ternyata beliau bukan sahaja dirindui dalam kalangan ahli keluarga, malah segelintir peminatnya. Walaupun tidak pernah bersua muka, rata rata ramai memuji personaliti Allahyarham yang baik hati dan rendah diri.

Sumber: TheFamily.UK

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here