Kisah ibu daif 7 anak sentuh hati Aliff Syukri, mahu derma wang & baju sempena hari raya

Sejak beberapa hari yang lepas, telah tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hidup seperti ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, wanita yang dikenali sebagai Marsyila Zakaria memberitahu bahawa terpaksa berkongsi nasi berlauk air garam bersama 7 lagi anaknya selepas suaminya ditahan ke Pusat Pemulihan. Tambahnya lagi, dia terpaksa menebalkan muka meminta beberapa biji telur ayam daripada jiran bagi mengisi perut anak-anak.

Aliff Syukri nak tolong

Sehubungan dengan itu, kisah duka keluarga Marsyila telah mendapat perhatian daripada pengasas kosmetik produk kesihatan terkemuka negara, Dato’ Seri Aliff Syukri kamarzaman. Menerusi Instagramnya, beliau memberitahu bahawa ramai pelayar internet telah menekan butang tag keatas namanya terhadap artikel tersebut.

View this post on Instagram

kesianya.. terlalu byk org tag sy minta sy bantu keluarga ini.. siapa boleh tolong bantu sy utk bertemu dgn keluarga ini??? saya nak beri duit , bekalan makanan dan baju raya @as.legacymalaysia kalau boleh secpt mungkin.. atau blh call pejabat saya 0361512037

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Niat beri sumbangan hari raya

Oleh hal demikian, beliau dengan rendah hatinya meminta pertolongan daripada netizen untuk membolehkan bertemu keluarga Marsyila. Menurut Aliff Syukri lagi, dia ingin memberikan sedikit sumbangan berbentuk duit, baju raya dan segala keperluan raya kepada mereka.

Menerusi ruangan komen daripada Instagram Aliff Syukri, rata-rata memuji sikap pemurah usahawan tersebut yang segera bertindak ingin membantu keluarga Marsyila. Beliau juga dilihat sempat membalas beberapa komen yang ditinggalkan netizen dengan ucapan terima kasih.

Beri maklumat Puan MarsyilaSemoga dato dimurahkan rezekiSemoga rezeki Dato tak akan putusSedih baca kisah kakak tuAda terima zakat tapi tak cukup

Namun begitu, ada juga komen yang memberitahu bahawa keluarga tersebut sebenarnya telah mendapat bantuan daripada baitulmal dan juga zakat. Akan tetapi disebabkan perbelanjaan yang besar kerana menanggung anak-anak yang masih kecil membuatkanjumlah yang diterima tidak mencukupi.

Sumber : Aliff Syukri

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here