Nak infaq harta ke jalan Allah, pengasas Dnar’s digelar “Khadijah akhir zaman” oleh kenalan

Pemergian pengasas kosmetik Dnars Skincare, Puan Faziani Rohban Ahmabd, 40, akibat kemalangan benar-benar memberi kesan kepada ramai pihak. Satu demi satu sifat terpujinya mulai di ketahui umum selepas ramai yang tampil berkongsi cerita.

Terlalu banyak cerita baik

Satu lagi kisah yang dikongsi oleh salah seorang kenalan arwah membuatkan warganet semakin memandang tinggi usahawan tersebut. Menerusi Facebook Mohd Zaid Ismail, dia menjelaskan serba sedikit mengenai kebaikan arwah terhadap para pekerjanya.

Satu demi satu kebaikkan arwah diketahui

Semasa menziarahi keluarga arwah, dia sempat mendengar cerita mengenai kebaikkan yang dilakukan oleh Puan Faziani terhadap pemandu dan pembantu-pembantu rumahnya.

Infakkan harta ke jalan Allah

Puan Faziani teah memberikan sebuah rumah bernilai RM 300 ribu kepada pemandunya,manakala pembantu rumahnya telah diberikan RM 50 ribu. Selain itu, beliau turut menghantar semua pembantunya mengerjakan Umrah disamping telah mengislamkan seorang pembantu rumah warga Filipina.

Sebelum tragedi yang meragut nyawa Faziani, beliau juga sempat bertemu seorang ustaz dan meminta pandangan mengenai apa yang perlu dibuat agar segala hartanya dapat menuju ke jalan Allah.

“Khadijah akhir zaman”

Tambahnya lagi, arwah boleh digelar Khadijah akhir zaman kerana sifatnya gemar bersedekah memang tidak dapat dinafikan lagi. Sehinggakan seorang pekerjanya yang hanya membungkus kotak mendapat habuan sebanyak tiga ribu ringgit.

Mari sedekahkan Al-Fatihah

Selain itu, Puan Faziani juga dilihat kerap kali menunaikan Umrah sepanjang tahun bersama keluarga.

Zaid juga turut meminta orang ramai supaya menitipkan Al-Fatihah kepada arwah pengasas Dnars supaya roh beliau dicucuri rahmat.

Perkongsian daripada Mohd Zaid Ismail ini telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-rata telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas kosmetik itu dan medoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Orang yang terlalu permurahSemoga ada insan lain mencontohi sikap pemurah arwah

Sumber : Mohd Zaid Ismail

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here