Rakan pinjam duit bayar kereta, lelaki dedah ramai ‘ikat perut’ demi nampak mewah!

Tidak dinafikan terdapat segelintir individu terpaksa ‘ikat perut’ semata-mata ingin kelihatan mewah dalam menjalani kehidupan seharian.

Tanpa berfikir panjang, mereka membeli barangan mewah tanpa mengambil berat mengenai tahap kemampuan masing-masing demi meraih pujian orang sekeliling.

Sampai satu tahap, mereka bagai ‘nyawa dihujung tanduk’ apabila mengalami bebanan dan kesempitan wang sehingga terpaksa meminjam daripada rakan-rakan.

Itu dilalui oleh seorang pengguna laman Facebook, Muhammad Hassan apabila seorang rakannya mahu meminjam wang RM8500 untuk membayar tunggakan kereta Toyota Alphard selama enam bulan.

Turun KL selepas diminta untuk berjumpa…

Menurut Muhammad Hassan, dia tidak mampu memberikan pinjaman sebanyak itu sebaliknya menasihati rakannya agar ‘mencairkan’ aset yang ada untuk membayar hutang kenderaan tersebut.

Apatah lagi rakannya itu gemar membelanjakan wang untuk membeli barangan berjenama seperti bertukar-tukar telefon bimbit dan jam tangan mewah.

Dah nasihat jangan beli Alphard

Alphard bukan keperluan, LRT depan mata!Kereta mewah untuk ‘show-off’ je?

Tambah Muhammad Hassan, situasi seperti itu boleh mendatangkan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.

Ini kerana si suami akan ‘naik angin’ terhadap isteri dan anak-anak serta mula mengabaikan nafkah keluarga akibat kesempitan wang ringgit.

Kalau nak, mulakan dengan kereta murah…Jangan hanya sebab beberapa minit pujian, merana bertahun2!

Sumber : Muhammad Hassan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here