“Sampaikan salam buat tanah Air saya.” – Nota kecil kanak2 Syria untuk Noh Salleh undang sebak

Sebelum ini, Noh Salleh ada mengumumkan bahawa dirinya akan berangkat ke Syria bagi menyertai misi bantuan ke negara bergolak itu. kehadirannya ke sana kali ini bukan sahaja bersama sukarelawan dari Persatuan Cinta Syria Malaysia, malahan turut disertai isterinya, Mizz Nina dan juga dua orang penyanyi popular, Aizat Amdan serta Altimet.

Noh minta rakyat Malaysia doakan mereka

Menerusi Instagram milik vokalis kumpulan Hujan ini, Noh telah memuat naik gambar dirinya bersama isteri di dalam kapal terbang yang menuju ke Syria beserta kapsyen panjang lebar.

Antara isi yang terdapat dalam status tersebut adalah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan rakyat Malaysia mewakilkan mereka untuk mengagihkan sumbangan. Selain itu, Noh turut meminta didoakan agar perjalanan mereka semua selamat sepanjang berada di sana.

“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. “

View this post on Instagram

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kami dh nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi ramadhan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan. Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan. Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang! . . Follow @cintasyriamalaysia @altimet @officialmizznina @aizatamdan jugak! . . #ramadanmissioncsm

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

Dapat nota kecil dari kanak-kanak Syria

Tidak lama selepas posting tersebut, artis kelahiran Sarawak itu telah memuat naik gambar sekeping kad yang bertulis tangan di Instagramnya. Menurutnya, kad itu telah diberikan oleh seolah kanak-kanak Syria yang menetap di Malaysia.

Dikenali sebagai Bilal, dia telah mendoakan agar urusan Noh dan team dipermudahkan dan meminta mereka menyampaikan salam rindu ke Tanah Air mereka.

“Seorang budak Syria tu pesan kat aku tadi “please send my salam to my beloved country, i wish i can go with you and come home” – Tulisnya.

View this post on Instagram

Selain ahli2 riot squad Hikari Riders, kaum keluarga cinta syria Malaysia dan media, juga turut hadir di KLIA malam tadi untuk menghantar kami adalah beberapa warga Syria termasuklah anak2 mereka. Mereka siap bawak hadiah buah tangan penghargaan untuk setiap kami. Setiap kami yg pergi dapat sekuntum bunga kertas DIY yg ada chocolate kt dalam dan sepotong surat kata2 semangat. Dah sampai Gaziantep ni tadi aku totally lupa pasal benda dieorang bagi tapi aku terjumpa balek surat yg aku tak baca lagi dalam beg. Ayat yang sangat ringkas dengan audio playback dalam otak aku suara salah seorang budak Syria tu pesan kat aku tadi "please send my salam to my beloved country, i wish i can go with you and come home" . . . . #ramadanmissioncsm

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on

Semoga dirahmati setiap perjalanan

Ternyata nota kecil tulisan tangan yang diberikan kepada Noh beserta dengan sekuntum bunga DIY dan coklat membuat hati ramai pihak tersentuh.

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata netizen telah berasa sebak dengan pesanan itu dan mendoakan agar perjalanan misi kemanusiaan Noh Salleh dan Cinta Syria Malaysia dipermudahkan.

Sedihnyaaa…
Undang sebak!
Harap segala urusan dimudahkan semuanya

Sumber : Noh Salleh

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here