Sultan Perak pilih kedai biasa, tapi pengguna Myvi pula dihentam cuci kereta tempat mahal

Kita serba maklum bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin cukup dikenali dengan sikapnya yang merendah diri dan sangat disayangi oleh rakyat.

Justeru, seorang pengguna Twitter Asrul Muzaffar, juga mahu meluahkan rasa kagumnya terhadap kerendahan hati baginda apabila berjaya merakam beberapa keping gambar kereta mewah milik Sultan Nazrin di sebuah kedai cuci kereta biasa.

Sultan Perak pun cuci kereta kat carwash biasa

Dapat diperhatikan, dua biji kereta baginda jenis Rolls Royce dan Maybach, sedang dibersihkan oleh pekerja kedai cuci kereta Syamiza Car Wash yang terletak di Lenggong, Perak, telah mendapat perhatian ramai.

Perlu ke nak condemn orang pakai Myvi?

Akan tetapi, selain daripada meluahkan rasa hormatnya terhadap baginda, pemuda tersebut sempat lagi menghentam beberapa pengguna Myvi di dalam Tweetnya.

Kononnya ada dua orang pengguna kereta Myvi yang dikenalinya, sanggup pergi ke kedai cuci kereta mahal kerana mahu menjaga keadaan kenderaan mereka walaupun bukanlah daripada jenis yang mewah.

Itu hak masing2, duit dorang biarlah…

Berikutan itu, Tweet yang ditulisnya telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan yang dibuat oleh pemuda tersebut kepada pengguna kereta Myvi.

Myvi tu beli hasil usaha sendiri…Tak perlu merendahkan orang lain…

Mungkin hanya untuk meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian baginda, namun perlu juga diingat masing-masing bebas untuk membuat pilihan dan pendapat mereka sendiri.

Sumber : Asrul Muzaffar

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here