Duit raya ‘is too mainstream’ untuk bonda tercinta, kejutan gadis ini buat air mata ibu mengalir

Apabila sudah bekerja dan ada pendapatan sendiri, pasti ramai di kalangan anak-anak mahu memberikan duit raya buat kedua ibu dan bapa.

Namun, buat gadis ini pula lain kisahnya, dia memilih untuk tidak memberikan duit raya buat ibunya sebaliknya menukarkannya kepada pemberian hadiah khas buat bonda tercinta.

Bagi duit raya dah terlalu ‘mainstream’

Menerusi muat naik video di Instagram, gadis yang dikenali sebagai Iylia Malek, dengan hasil titik peluhnya bekerja dia telah memberi seutas gelang tangan emas buat ibunya di pagi hari raya.

Pemberian gelang itu membuatkan suasan menjadi pilu, selepas ibunya mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan hadiah yang diterima.

View this post on Instagram

Because giving duit raya is too mainstream. Love you ibu💕

A post shared by IyliaMalek (@nuriyliamalek) on

Doakan murah rezeki…

Satu pemberian penuh makna, melihat air muka si ibu jelas berasa syukur kerana dikurniakan anak yang mampu membahagiakan hati orang tua.

Buat anak pula, tiada balasan lain yang dipinta, cuma berharap kehidupannya diiringi doa ibu, supaya sentiasa dilorongkan pintu rezeki yang halal buatnya agar dapat terus berbakti.

Rasa nak nangis jugak…

Rata-rata pengikut juga turut meluahkan rasa kagum terhadap sifat gadis ini, malah ada yang menjadikannya sebagai inspirasi supaya dapat berbakti kepada ibu bapa dengan rezeki yang dikurniakan.

Tetiba dapat idea nak bagi apa…
Mesti ibu bangga dengan awak…

Walaupun banyak atau sedikit rezeki yang kita ada, sebagai anak memang menjadi tanggungjawab buat kita untuk membalas budi orang tua, kerana merekalah insan yang telah membanting tulang membesarkan kita.

Sumber : Iylia Malek

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here