“Allah sahaja tahu…” – Dituduh derhaka gara2 tinggal ibu di RnR, ini kisah sebenar yang berlaku

Semalam telah tular di media sosia kisah mengenai seorang wanita warga emas yang tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) menghala ke Kuantan, sebelum dijumpai oleh pihak penguatkuasa jalan raya.

Namun, selepas isu itu mula heboh, pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan kepada si anak, sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa mereka sengaja meninggalkan warga emas itu.

Susulan daripada itu, salah seorang anak kepada warga emas tersebut, dikenali sebagai Batiah Mahadi, tampil memberi kenyataan mengenai apa yang sebenarnya terjadi menerusi lama Facebooknya.

Abang tengah pening tak perasan mak keluar

Menurutnya, ketika kejadian, abangnya membawa ibu beraya ke Terengganu, tetapi pada hari itu abangnya kurang sihat dan kepala sedikit pening dan kebetulan semua ahli keluarga yang lain sedang tidur.

Dipendekkan cerita, ketika abangnya berhenti di RnR, dia tidak menyedari bahawa ibunya turut keluar untuk ke tandas dan disebabkan keadaan yang kurang membuatkan dia terlupa memeriksa belakang kereta dan berlalu pergi.

Abang patah balik lepas sedar mak tak ada

Situasi menjadi panik selepas menyedari ketiadaan ibu, membuatkan abangnya berpatah balik ke RnR tersebut untuk mendapatkan semula ibu.

Mujur, dengan bantuan JPJ dan pihak polis, ibu mereka telah selamat dijemput oleh salah seorang waris, dan kini warga emas tersebut selamat di bawah jagaan keluarganya.

Kami maafkan sahaja…

Tambahnya lagi, ibunya sangat disayangi oleh anak-anak dan tidak pernah ditinggalkan berseorangan, sehingga ada rakan-rakan ibunya kagum melihat cara layanan yang diberikan oleh anak kepada ibu mereka.

Walaupun pelbagai tohmahan yang diterima, Batiah sekeluarga membuat keputusan untuk memaafkan sahaja, kerana hanya Allah yang tahu bagaimana sayangnya mereka kepada ibu.

Sumber : Batiah Mahadi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here