Apa yang terjadi pada 831 orang kanak2 & remaja hilang? Nasib mereka masih jadi tanda tanya

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak dan remaja baik lelaki atau pun perempuan bukanlah sesuatu yang baru kita dengari, ada yang berjaya ditemui tetapi jumlahnya sangat kecil.

Untuk pengetahuan, saban hari kes kehilangan semakin meningkat dan daripada hasil laporan yang diterima sudah mencatat hampir 831 kes dari tahun 2010 hingga akhir bulan lepas.

Difahamkan, sehingga kini kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih lagi belum ditemui oleh pihak berkuasa dan ahli keluarga.

Johor catat kes paling tinggi!

Menurut laporan media, setakat ini Johor mencatat kes paling tinggi dengan jumlah 143 orang, manakala diikuti dengan Selangor mencatat 140 orang dan Kuala Lumpur seramai 115 orang.

Kebanyakan mangsa yang hilang merupakan kanak-kanak dalam lingkungan usia 1 hingga 12 tahun, dan remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Dimanakah mereka?

Persoalannya, dimanakah mereka kini? Adakah masih hidup atau sebaliknya, pelbagai spekulasi bermain di minda ditambah pula dengan pelbagai sindiket haram seperti perdagangan manusia dan penjualan organ semakin berluasa.

Sebenarnya setiap daripada kita memainkan peranan penting, awasi dan peka dengan keadaan sekeliling dan bijak bertindak jika nampak ada yang meragukan.

Semoga kesemua mangsa ini berada dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, sebarang maklumat atau info mengenai mereka, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah:

Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak : 03-2266 6313 atau 03-2266 6299

Sumber : Polis Diraja Malaysia & Utusan Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here