Kematian yang dicemburui, ayah dijemput Ilahi ketika bibir sedang dibasahi zikir

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, yang membezakan kita hanyalah bila, bagaiman dan dimana pengakhiran hidup di dunia ini.

Satu kematian yang dicemburui, baru-baru ini media melaporkan seorang lelaki yang merupakan anggota polis telah disahkan meninggal dunia ketika berada di di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani.

Rebah dalam zikir…

Menurut waris, bapanya, Fadzil Ahmad, 60, baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib ada mengadu sakit dada, sebelum tiba-tiba rebah ketika sedang berzikir.

“Ayah beritahu adik yang dia sakit dada balik sambil memegang dadanya ketika imam membacakan zikir dan arwah tiba-tiba rebah tidak lama kemudian…”

Utamakan solat jemaah dan tahajud

Sedih dengan pemergian bapa tercinta, anaknya, Siti Nuraida, memberitahu bahawa ketika hayat bapanya masih ada, arwah adalah seorang yang sangat mengutamakan solat jemaah di masjid dan rajin mengerjakan solat sunat tahajud.

Malah, arwah juga sangat disenangi oleh rakan-rakannya, dan tahun ini pula arwah diberi peluang untuk melaungkan azan sepanjang Ramadan.

“Arwah juga antara yang bertanggungjawab melaungkan azan di surau kuaters IPD sepanjang Ramadan lalu…”

Allahu, satu pemergian yang cukup indah di sisi Maha Penciptanya, walaupun berat untuk diterima oleh pihak keluarga diharapkan mereka mampu untuk terus kuat dan tabah.

Sumber : Harian Metro & Penangkini

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here