Kesian tengok kucing jalanan lapar malam raya, lelaki ini pusing satu kawasan bagi makan kucing

Dua hari lepas, telah tular sebuah video seorang lelaki yang menaiki kereta memberi makanan kepada kucing jalanan pada malam hari raya. Muat naik video ini telah mendapat perhatian netizen.

Lelaki yang dikenali sebagai Faris Azman, telah bertindak sedemikian kerana berasa kasihan melihat kucing jalanan kelaparan, disebabkan kebanyakan kedai makan tutup akibat cuti raya.

Baiknya hati korang…

Cuti raya ni, semua kedai makan tutup. So me and my brother decided to feed these poor stray cats. Kesian gila, ada yang lari dari jauh sebab nak makan. Ada yang pakai collar sebab maybe tuan dia balik kampung. Ni je la yang kitorang mampu buat. pic.twitter.com/XyipEgka9g

— Faris Azman (@farisazman9) June 8, 2019

Video ini telah mengundang perasaan sayu netizen apabila melihat aksi kucing terbiar yang berlari ke arah mereka apabila terdengar goncangan bekas makanan yang dibawa oleh Faris.

Kitorang memang jenis sayangkan kucing…

Jelasnya lagi, terdapat juga beberapa ekor kucing yang memakai kolar turut menumpang makan yang berkemungkinan ditinggalkan begitu sahaja oleh tuannya disebabkan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Banyak pahala beri makan kucing, moga murah rezeki!

Selepas kisah ini tular di laman sosial, ramai yang telah mengucapkan terima kasih atas tindakan mereka berdua. Menerusi ruangan komen, ada yang mendoakan mereka supaya dimurahkan rezeki.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru dilakukan oleh Faris dan abangnya, namun mereka mempunyai perasaan ihsan yang tinggi terhadap kucing terbiar. Sehingga kini, dia dan abangnya telah membela dan menyelamatkan hampir 11 ekor kucing yang terbiar.

Terima kasih, Faris

Diharapkan agar orang ramai sentiasa peka dan prihatin terhadap keadaan kucing jalanan.

Sumber: Faris Azman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here