Mak ayah meninggal adik beradik raya rumah mertua, gadis ini sayu sambut Syawal sorang2

Menjelang sahaja Syawal, sudah pasti anak perantau mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menatap wajah ibu dan ayah yang menantikan kepulangan anak untuk beraya bersama.

Namun, lain pula dengan kisah gadis ini apabila kepulangannya ke kampung halaman hanya disambut dengan rumah kosong tanpa senyuman kedua orang tua.

First tima raya tanpa mak abah…

Menerusi satu gambar yang dikongsi oleh gadis yang dikenali sebagai Efa Sulaiman, di ruangan komen di Facebook, memaparkan kawasan rumah yang sunyi dan sepi tanpa seorang pun ahli keluarganya.

Adik beradik beraya dengan mertua…

Gadis itu yang merupakan anak bongsu dan masih belum berkahwin tiada pilihan untuk menyambut Syawal berseorangan, memandang adik-beradik yang lain beraya di rumah mertua masing-masing.

Tiba2 rasa nak luahkan perasaan…

Menurut Efa, di berkongsi luahan hati dan gambar di ruangan komen salah satu portal media hanyalah sekadar mahu berkongsi rasa, kerana selama ini jika pulang ke kampung pasti disambut, tetapi kali ini tiada orang menyambutnya.

Difahamkan, rumah tersebut dijaga oleh abangnya yang tinggal disitu bersama keluarga, tetapi terpaksa pulang ke rumah mertua kerana giliran beraya disana.

Ramai yang tanya. Betul ke ni komen sy. Ya. Mmg sy komen kat page oh media bila sy tgok oh media post status ni. Saje je…

Posted by Efa Sulaiman on Sunday, June 9, 2019

Terus tabah dan kuat yer…

Coretan gadis tersebut telah menyentuh hati ramai, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah di atas pemergian kedua orang tuannya.

Sumber: Efa Sulaiman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here