Reaksi anak2 Fasha menangis teresak-esak dapat tahu adik mereka telah tiada undang sebak

Terdahulu, pelakon jelita Fasha Sandha telah berkongsi kisah duka mengenai keguguran yang dialaminya ketika usia kandungan hampir mencecah sebulan.

Mengikut kata doktor, Fasha sepatutnya mendapatkan rehat yang cukup dan tidak dibenarkan terlalu aktif kerana usia kandungan terlalu muda.

Abang dan kakak sedih, baby dah tak ada…

Turut terkesan dengan kehilangan itu, adalah anak Fasha iaitu Putra Rayfal dan Puteri Raysha, menerusi muat naik video di IG, selepas diberitahu mengenai kehilangan adik mereka, dua beradik itu tidak dapat menahan kesedihan.

Sebelum ini, umum sedia maklum bahawa mereka berdua sangat teruja untuk menerima adik, dapat dilihat kedua-dua mereka menangis teresak-esak mendapat tahu ibunya keguguran.

View this post on Instagram

Rayfal dan adik memang tak sabar untuk ada new baby sejak dulu lagi. Kali ni bukan rezeki kita sayang. Insyaallah ibu akan belajar untuk jadi ibu yang lebih baik dan berhati2 di masa akan datang. Im sorry .. i love You anak2 ibu yang bijak. Terima kasih Allah ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha juga berkali-kali meminta maaf kepada kedua-dua anaknya itu, atas apa yang telah terjadi kepada kandungannya dan berjanji jika diberikan lagi rezeki untuk mengandung, dia akan lebih berhati-hati.

Sumber : Fasha Sandha

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here