“Sorang raya Penang, sorang Kelate…” – Tak beraya bersama, netizen spekulasi rumahtangga Fizo Mawar bergolak

Sambutan Aidilfitri akan lebih meriah, jika dapat diraikan bersama keluarga yang tersayang terutama pasangan suami isteri.

Namun baru-baru ini, pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim telah mengundang spekulasi netizen, apabila memuat naik foto meraikan Aidilfitri secara berasingan.

Fizo Omar yang ada memuat naik video, dilihat telah beraya di Kelantan. Manakala, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Maryam beraya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Parok jem nok kelik Kelate!

View this post on Instagram

Sumbak parok weh jeng di klate ni. . Esok rayo ke 4 – 8 june FMK KB buko doh boh.hok mano rindu ko bangkok tom yam n daging bakar tu blh g start pkl 12 tgh hri esok. . Nok comey gak booking dulu 018 2025500.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Mawar raya dengan anak di Penang

View this post on Instagram

Maryam happy lebih tu bukan angpau duit raya tu 😃😅 @maryamfareedakids . (Wearing 🧕🏼 @fareedagroup )

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Eh, kenapa wish kat anak je…

Namun lebih mengukuhkan lagi spekulasi yang timbul, apabila Fizo Omar hanya memuat naik foto anaknya sahaja pada hari pertama raya, sebagai ucapan hari raya tanpa foto isterinya.

View this post on Instagram

Camat hari raye!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Mawar tak sebut nama Abang Joe pun?

Menerusi Instagram, Mawar Karim juga turut memaklumkan telah menyambut hari lahirnya, yang jatuh pada hari pertama Aidilfitri.

Namun tidak seperti kebiasaannya, Mawar tidak menyebut ‘Abang Joe’ dalam kapsyen, seperti foto sebelum ini.

View this post on Instagram

5 June today my birthday 🎂 . Selamat Hari Raya semua. Alhamdulillah masih di beri kesihatan,rezeki yg murah. Maryam mama doakan insyaallah rezeki kita belum sampai nak celebrate birthday mama dekat Makkah,ada rezeki kita p sana ya anaknda @maryamfareedakids ☺️😉 . (Me n Maryam Wearing Selendang @fareedagroup )

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Takde gambar Mummy, Daddy dengan Cik Yam?

Selepas memuat naik foto tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen membuat spekulasi tentang hubungan mereka berdua.

Mereka juga bertanya status hubungan Mawar dan Fizo yang tidak beraya bersama, seolah membawa diri masing-masing.

Kenapa tak raya dengan isteri?

Walau bagaimanapun, hanya tuan badan sendiri yang boleh menafikan atau mengesahkan khabar angin tersebut. Apa pun, kita doakan yang terbaik bagi kedua pasangan ini.

Sumber: Fizo Omar, Mawar Karim

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here