Berjaya baca surah al-Mulk, adik ini dapat duit raya RM100!

Pemberian ‘duit raya’ setiap kali sambutan Aidilfitri sudah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia namun ada juga segelintir anak kecil yang dikatakan tidak tahu bersyukur.

Berbeza pula dengan kisah yang tular di laman sosial Twitter ini dimana seorang kanak-kanak lelaki dihadiahkan sebanyak RM100 selepas dia berjaya mengalunkan surah Al-Mulk di hadapan bapa saudaranya.

Video yang dimuat naik oleh Qhouirunnisa itu menunjukkan sepupunya dikenali sebagai Fahri membaca surah berkenaan dengan penuh yakin beserta alunan ‘lagu’.

My dad is giving out duit raya for my cousins BUT with one condition; they have to recite any surah. The others read SO FAST because they were nervous but Fahri confidently recite al mulk siap berlagu siap tarik lagi 🤣 Walaupun nervous, macho kene kawal 👍🏻 ini baru lelaki haha! pic.twitter.com/ArKrfRHwH5

— Qhouirunnisa (@Qhouirunnisaa) June 6, 2019

“Walaupun nervous, macho kena kawal. Ini baru lelaki haha!,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata warganet memuji kebolehan Fahri selain menganggap pemberian ‘duit raya’ sebegitu mampu dijadikan sebagai motivasi untuk kanak-kanak dan remaja menghafal Quran.

Nak pergi tasmik jugak la macam ni. Dapat duit raya!

Namun, ada juga terselit beberapa komen netizen yang mengucapkan selamat maju jaya buat para jejaka yang berniat ingin mengahwini anak pakcik tersebut.

Yang mana nak masuk line menantu tu, be prepared!

Rakaman video berdurasi seminit itu ternyata mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 6,000 retweets dan hampir 8,000 tanda suka oleh pelayar Twitter.

Sumber : Qhouirunnisa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here