Biadap! Tak dapat masuk rumah nak beraya, budak2 ini bertindak conteng pagar rumah

Selalunya yang paling teruja nak beraya ini adalah kanak-kanak kerana mahu kutip raya, tetapi yang kurang enak didengari ialah ada sikap sikap diantara mereka yang kadang-kadang sukar unuk dibendung.

Baru-brau ini seorang gadis telah meluahkan rasa kesal di laman Twitter terhadap sekumpulan kanak-kanak yang datang membuat onar ketika mahu datang beraya ke rumahnya.

Conteng pintu sebab tak dapat masuk rumah

Menggunakan nama akaun Zeiqa Razali di Twitter, dia dan keluarga terkejut melihat pagar rumah mereka habis berconteng menggunak liquid paper.

Hasil rakaman CCTV menunjukkan, ia adalah angkara sekumpulan kanak-kanak yang berang kerana tidak masuk ke rumah untuk beraya, menyebabkan mereka bertindak demikian.

Wahai parents, pls lah advice your children. This is not how you act dekat property org. Whoever yg kenal budak2 tok pls lah advice sidak. Bukan nya percuma org bebeli ngan cat just to padam whatever yg sidak conteng siya. pic.twitter.com/npZchieq2J

— Z.Razali (@ZeiqaRazali) June 10, 2019

Mana ada orang kat rumah, bukan tak bagi masuk

Difahamkan ketika kejadian, bukanlah tuan rumah tidak bagi masuk, sebaliknya mereka memang tiada di dalam rumah kerana pergi beraya.

Wahai ibu bapa tolong la nasihatkan anak2 tu…

Biadap sungguh perangai…

Melihatkan sikap biadap sekumpulan kanak-kanak tersebut, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati sehingga membuatkan ramai yang menjadi geram.

Masuk sekolah juvana jer terus!Dapat lempang budak2 ni baru puas hati

Diharapkan selepas ini ibu bapa dapat memantau segala aktiviti anak-anak supaya perkara yang sebegini tidak akan berlaku lagi, cukup kecewa melihat sikap generasi zaman sekarang.

Sumber : Zeiqa Razali

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here