Dari jauh buat pusingan U maut nak elak JPJ, rupa-rupanya nak bagi bubur lambuk…

Sebut sahaja mengenai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah pasti ramai akan teringat dengan sekatan jalan raya ataupun saman.

Tambahan pula, terdapat pelbagai gelagat masyarakat yang dapat dilihat jika terserempak dengan pihak JPJ ini, ada yang cuba membuat pusingan U-turn malah ada juga yang cuba mereka alasan yang tidak masuk akal supaya terlepas daripada terkena denda.

Begitulah yang dapat digambarkan situasi yang berlaku di Jalan Kampung Simee, Ipoh, Perak baru-baru ini apabila orang ramai cuba membuat pusingan U-turn maut sejurus sahaja melihat kelibat pihak JPJ.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook itu ternyata menarik perhatian ramai hingga meraih hampir 2 ribu tanda suka oleh pengguna laman sosial itu.

Rupa-rupanya JPJ bagi bubur lambuk…

Apa yang lebih melucukan apabila pihak JPJ yang disangkakan sedang membuat sekatan jalan raya itu ternyata hanya mengagihkan bubur lambuk buat orang ramai.

Rata-rata netizen turut mebanjiri ruangan komen posting tersebut dengan memberikan respons masing-masing.

Nampak kon tu dari jauh automatik telo kecut…

Bagi bubur lambuk tapi seklai dapat surat cinta…
Cuba geng surau yang bagi, ramai yang beratur…Amik bubuq…mau berkocak…
Sekali jpj troll da…

Walaupun begitu, terselit juga komen netizen yang mengucapkan terima kasih buat pihak JPJ atas tindakan mulia mereka di bulan yang mulia ini.

Abam2 J memang terbaik!

Sumber : PerakWorld

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here