Jihan sekeluarga jadi ‘sesumpah sofa’, baju sama warna dengan kusyen tuan rumah

Di hari raya, memang ramailah yang ambil peluang nak melaram sakan dengan pakaian baru, lebih-lebih ramai yang gemar berpakaian sedondon dengan ahli keluarga masing-masing.

Begitu jugalah dengan pelawak wanita terkenal, Jihan Muse dan Ungku Hariz serta anak mereka, Arsalan, tampil mengenakan pakaian sedondon serba kuning ketika pergi beraya baru-baru ini.

Keluarga Jihan jadi sesumpah sofa

Yang lucunya, menerusi muat naik di IG Ungku Hariz, semasa beraya di rumah salah seorang kenalan dia tidak menyangka bahawa pakaian raya yang dikenakan mereka sedondon dengan sofa di rumah tersebut.

View this post on Instagram

Rasa cantik sangat color baju kami arini.. bila dah masuk rumah orang.. terus rasa nak balik.. #sesumpahsofa #sesumpahdinding #uh #kujipham

A post shared by Uh! 🇲🇾 (@ungkuhariz) on

Kebetulan pula, tudung yang dikenakan Jihan, sama warna dengan dinding rumah itu membuatkan pelakon itu menggelarkan keluarga mereka sebagai ‘sesumpah dinding’ dan ‘sesumpah sofa’.

Sampin tu memang matching dengan sarung kusyen

Rata-rata netizen sangat terhibur melihat gelagat keluarga Jihan dan Ungku Hariz, yang mengenakan pakaian berwarna seakan kusyen tuan rumah. Malah ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang sama.

Baju senada seirama dengan langsir rumah kawan

Sumber : Ungku Hariz

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here