Kelibat entiti seram, wanita terima ‘tetamu’ raya tak diundang waktu Maghrib

Setelah tibanya sambutan Syawal, sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara mahupun kenalan rapat bagi merapatkan lagi silaturahim yang sudah terjalin.

Namun, penampakan ‘tetamu’ tak diundang yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ramlah di laman Facebook sewaktu melayan saudara-mara di rumahnya di Jelebu, Negeri Sembilan ini amat mengejutkan.

Seram ni, naik bulu roma…

Menurut Ramlah, kejadian itu berlaku pada waktu Maghrib sekitar pukul 7.58 malam melalui foto yang dirakam oleh anak buahnya dan menegaskan gambar tersebut tidak disunting.

Perkongsian tersebut ternyata meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen menyatakan rasa seram, malah ada yang beranggapan entiti misteri tersebut merupakan ‘milik’ salah seorang tetamu yang hadir di situ.

Berdiri bulu roma!

Saka ke tu?Salah seorang mereka punya?

Sumber : Ramlah Chomel

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here