Lima jam penuh debaran, Dr. Amalina sebak beritahu pembedahan Ainul Mardhiah berjaya

Berkat doa dan usaha gigih semua yang terlibat dalam pembedahan membuang ketumbuhan di mulut adik Ainul Mardhiah, pembedahan yang boleh dianggap berisiko itu telah berjaya dijalankan.

Mengambil masa selama lima jam, ketumbuhan seberat 200 gram itu telah dibuang dan adik Ainul masih kuat dalam melawan penyakitnya itu.

Lima jam yang sangat mendebarkan

Menerusi perkongsian daripada Dr. Amalina Che Bakri yang juga merupakan salah orang yang bertanggungjawab dalam pembedahan tersebut, dia berasa sangat gementar sewaktu ingin memulakan pembedahan.

Dr. Amalina turut mencoretkan mengenai persiapan rapi yang dilakukan oleh para pakar sebelum memulakan pembedahan membuang ketumbuhan di mulut adik Ainul. Mengakui bahawa pembedahan yang dijalankan amat berisiko, dia bersyukur kerana berkat doa dan tawakal seluruh rakyat Malaysia, pembedahan itu berjaya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Dah anggap macam ahli keluarga sendiri

Dr. Amalina juga menambah bahawa dia berasa begitu emosi ketika menyampaikan berita baik itu kepada ibu dan bapa Ainul kerana sudah menganggap pasangan tersebut sebagai ahli keluarganya sendiri.

Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T

Sebelum ini, menerusi perkongsian daripada ibu dan bapa Ainul Mardhiah di laman sosial masing-masing telah meluahkan rasa syukur diatas kejayaan pembedahan berisiko untuk anak mereka.

Alhamdulillah.

Posted by Ahmad Safiuddin on Monday, June 10, 2019

Mari kita sama-sama terus panjat doa buat Ainul

Justeru itu, Dr. Amalina telah meminta seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan adik Ainul agar kesihatannya kembali seperti sedia kala.

Alhamdulillah, teremosi baca kapsyen Dr. Amalina

Muat naik daripada doktor muda dan juga Instafamous warga Malaysia itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif terutamanya daripada warganet. Rata-rata menzahirkan rasa syukur dengan meninggalkan komen di Instagram Dr. Amalina.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada ‘team’ yang bertungkus-lumus memastikan pembedahan berisiko itu berjaya.

Terima kasih doktor atas kebaikan iniThanks doc & teamMenangis baca update dari doktor

Sumber : Dr. Amalina

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here