“Minum susu unta ke?” – Sebab tinggi sangat, kepala lelaki ini sampai cecah siling rumah!

Purata ketinggian seorang di Asia adalah dalam lingkungan 172.1 cm. Jadi, jika seseorang melebihi daripada ketinggian tersebut boleh dikatakan sebagai seorang yang tinggi dan unik.

Memandangkan hari raya masih lagi dirasai, sudah tentu kunjung-mengunjung menjadi amalan sepanjang Syawal ini. Namun begitu, tidak lengkap rasanya jika tiada pengalaman menarik semasa berkunjung ke rumah orang.

Berdiri terhantuk siling rumah

Menerusi satu perkongsian daripada pengguna Twitter yang dikenali sebagai Chiccbi, dia telah memuat naik beberapa keping gambar teman lelakinya yang berketinggian 186 cm yang sama tinggi dengan siling rumah.

Muat naik tersebut telah mendapat ribuan RT daripada netizen kerana berasa terhibur dengan perkongsian itu.

Haha sayang looks funny 😆 kesian dia beraya rumah orang kena tunduk pic.twitter.com/ix4ObbiTr2

— Chiberaya (@chiccbi) June 10, 2019

Mesti mesti susah nak berbual ni

Chiccbi turut menyertakan sekali gambarnya bersama teman lelaki yang kelihatan sangat berbeza ketinggian. Dikenali sebagai Amir haziq, lelaki tersebut telah berkunjung ke rumah kenalan mereka dan tidak menyangka terpaksa menundukkan kepala untuk masuk ke dalam rumah.

Macam Khali WWE dah!

Rata-rata netizen yang menyedari perkongsian itu berasa terhibur dan ada menyamakan ketinggian Amir Haziq dengan penggusti WWE, The Great Khali.

Senang petik buah rambutan

Mereka telah meninggalkan komen di Twitter dengan pelbagai maklum balas lucu kerana merasakan situasi tersebut kelakar dan mengundang tawa warganet.

Tinggi macam ni boleh tersangkut dekat kipasMasuk pintu memang kena tunduk la jawabnya
Dia minum susu unta ke?

Sumber : Chibbi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here