Muat naik status pasal mati, pelajar seakan tahu akan pergi hadap Ilahi

Seakan mengetahui ajalnya semakin hampir, seorang penuntut kolej ada memuat naik sebuah posting mengenai kematian sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok.

Lebih menyayat hati apabila mangsa, Muhammad Syawal Adnan Deraman dijemput Ilahi pada raya keenam dalam kejadian yang berlaku di Jalan Felda Neram-Bandar Cheneh Baru, Chukai semalam.

Pelajar berusia 21 tahun yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke rumahnya di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Status pada 11 Mac

“Celikkan mata aku suatu masa pasti, jika tiada khabar anggap saja aku mati,” tulisnya.

Pada posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, beberapa pengguna lain turut menitipkan al-Fatihah dan berharap supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Semoga dalam kalangan para solihin

Al-Fatihah

Sumber : Kosmo! Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here