“Nikmat Allah paling besar…” – Pembedahan berjaya, ini wajah terkini Ainul Mardhiah

Selepas pembedahan berisiko tinggi terhadap ketumbuhan adik Ainul Mardhiah berjaya, rata-rata rakyat Malaysia telah memanjatkan rasa syukur diatas hasil usaha dan kegigihan semua pihak yang terlibat dalam memberikan rawatan terbaik terhadap bayi comel itu.

Seperti dilahirkan semula

Menerusi muat naik bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, Ainul Mardhiah seperti baru dilahirkan semula selepas ketumbuhan tersebut berjaya dibuang.

Wajah Ainul selepas pembedahan telah dimuat naik oleh Safiuddin dan isteri di laman sosial masing-masing.

Kakak, hari ni bergema lagi nama kakak 😊.Hari ni ramai yang ucapkan syukur kepada Allah setelah Allah berikan…

Posted by Ahmad Safiuddin on Tuesday, June 11, 2019

View this post on Instagram

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️ Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami💕 Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Terima kasih Mr Juling Ong!

Berita gembira tersebut juga disertakan dengan kapsyen ucapan syukur dan rasa terima kasih pasangan itu terhadap seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mendoakan kesejahteraan anak mereka.

Dikesempatan itu juga Ahmad Safiuddin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr Juling Ong yang merupakan orang kanan dalam menguruskan rawatan Ainul Mardhiah.

Thank you Mr Juling Ong! ( Craniofacial Consultant Surgeon ).Mr Ong adalah orang paling kanan dalam rawatan ainul…

Posted by Ahmad Safiuddin on Tuesday, June 11, 2019

Alhamdulillah

Justeru itu, ruangan komen Facebook Ahmad Safiuddin telah dibanjiri oleh ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang turut sama bersyukur atas kejayaan pembedahan tersebut. Mereka turut mendoakan agar adik Ainul kembali sihat seperti sedia kala.

Ainul kena terus kuat

Kami panjatkan kesyukuran kepadaMu
Semoga membesar dengan sihat

Sumber : Ahmad Safiuddin, nrlerwani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here