Pekerja Aquaria KLCC pakai baju Melayu bagi ikan makan

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai masih mengekalkan ‘mood’ Syawal dengan tampil memakai baju tradisional walaupun sudah mula menjalankan tugas masing-masing.

Bagi pihak pengurusan Aquaria KLCC, mereka juga tidak ketinggalan menyediakan acara istimewa untuk pengunjung apabila kelihatan penyelam skuba memakai baju melayu ketika melakukan persembahan.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Farah Aiman yang memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan dua penyelam profesional memberi makanan kepada hidupan akuatik.

I’m still not over the fact staff aquaria suap ikan pakai baju melayu #seanariaidilfitri pic.twitter.com/ASPZk06JSt

— farah aiman (@peachesandfeels) June 10, 2019

“I’m still not over the fact staff aquaria suap ikan pakai baju melayu,” tulisnya.

Malah dua penyelam berbaju Melayu berwarna merah dan kuning itu masing-masing turut lengkap bersamping sambil memakai tangki skuba.

Posting berkenaan berjaya mengundang perhatian warga Twitter sehingga diulang kicau sebanyak 4,119 kali dan hampir 4,400 tanda suka serta reaksi positif netizen.

Siap bersamping pulak tu!Comelnya!

Namun difahamkan pihak pengurusan mengadakan persembahan seperti itu pada tarikh tertentu sepanjang bulan ini dan ketika musim perayaan lain.

Rujuk tarikh di bawah :

Tahun Baru Cina pun ada!Tahun Baru Cina
Hari Natal

Sumber : Farah Aiman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here