“Saya duduk rumah, kamu kasi duit…” – Bella Astillah naik geram dituduh tak jaga edah

Selepas penceraian bersama penyanyi Alif Aziz, nampaknya kehidupan Bella Astillah semakin berubah selepas kini semakin sibuk mengembangkan kariernya sebagai selebriti.

Sungguhpun begitu, ada pula suara negatif yang didengari mengenai kehidupan peribadi Bella membuatkan bekas isteri Aliff Aziz tampil membuka mulut menyelar beberapa individu yang tergamak melemparkan tohmahan tidak berasas kepadanya.

Bella yang baru-baru ini tampil dengan lagu Jom Raya hasil berduet bersama Aliff Syukri dan Zizi Kirana, telah dikecam oleh netizen kerana dikatakan dia tidak menjaga tempoh edah.

Saya kena keluar untuk cari rezeki

Susulan daripada tuduhan itu, Bella menerusi IG story miliknya telah membuka mulut mengenai isu tersebut, bahawa dia keluar semata-mata untuk bekerja dan mencari rezeki buat keluarganya.

Menurut Bella, dia tidak berniat untuk melanggar batas dalam tempoh edahnya dengan keluar rumah hanya untuk bersuka-suka, sebaliknya itu semua dilakukan atas tuntutan kerja.

Ada yang mahu transfer duit, saya boleh duduk rumah

Ujarnya lagi, Bella menjelaskan tindakannya membuat promosi produk dalam tempoh edah adalah kerana dia sudah mempunyai kontrak dan tidak adil bagi pemilik produk jika dia tidak menjalankan tugasnya.

Selama ini saya sabar dan diam…

Menerusi IG, Bella juga telah meluahkan rasa kurang senang dengan bebepara individu yang dikesan selalu melemparkan pelbagai komen negatif terhadap dirinya dan keluarga.

Bella berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit jika mereka masih lagi memburukkan nama baiknya.

Untuk rekod, selepas bekas suaminya terlibat dengan beberapa siri kecurangan, Bella dan Aliff Aziz telah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Semoga kehidupan baru lebih baik, dan kita juga sebagai netizen janganlah sesuka hati menuduh hanya berdasarkan daripada apa yang kita lihat, apabila bercakap soal hukum ini, buatlah kajian dulu sebelum mahu menegur orang.

Sumber : Bella Astillah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here