Sertai ‘full Ironman’ sejauh ratusan KM, Alif Satar dah mula lupakan ketupat lemang!

Selepas seminggu berhari raya, sudah tentu pelbagai menu dan juadah lebaran telah dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia. Rendang, ketupat, lemang, kuah lodeh dan bermacam lagi makanan telah masuk ke dalam badan selepas sebulan menahan diri dan dahaga kerana berpuasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua juadah yang terhidang semasa hari raya mempunyai banyak kolestrol dan boleh menaikkan berat badan.

Dah masuk gim balik lepas puas makan ketupat lemang

Oleh sebab itu, Alif Satar yang juga merupakan selebriti serba boleh telah mula memasuki gimnasium bagi memperolehi kembali stamina dan berat badan ideal bagi mengharungi cabaran Ironman.

Umum sedia maklum bahawa pelakon yang memegang watak Zafran dalam drama Pia ini memang aktif dan pernah menghabiskan cabaran Ironman sejauh 70.3 km pada tahun lepas di Langkawi.

View this post on Instagram

5km run.. constantly trying to improve my running form. A short sprint🥵 wearing @asicsmalaysia and @jbl_my LIVE650BTNC.🏃🏽‍♂️💪🏽 19 weeks to @ironman_my #AsicsMetaride #jbllive650btnc

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Tiga medal tak cukup lagi

Untuk tahun ini pula, Alif telah menyasarkan untuk menghabiskan cabaran Ironman dengan jarak yang lebih jauh iaitu 225.8 km merangkumi acara renang, kayuhan dan juga larian. Jadi, persediaan menghadapi acara itu sudah pun berjalan walaupun masih berbaki 19 minggu lagi.

View this post on Instagram

only 3 finisher medals.. praying and training for my fourth medal.. the mother of all medals.. full ironman distance. 3.8km swim,180km cycle,42km run. Dah cukup lemang ketupat dah, back to work!!!!🏊🏽‍♂️🚵🏽‍♂️🏃🏽‍♂️ p/s 20 weeks til race day!! #GuaDahNervousBro

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Rasa lemah lutut nak tunggu race

Menerusi ruangan komen di muat naik Instagram Alif, rata-rata netizen berasa kagum dengan kegigihan artis lelaki ini dan memberi kata-kata semangat terhadap cabaran Ironman yang akan disertai kelak.

Berkat kecekalan & kegigihanTerbaiklah Alif!
Join ultra marathon pulak la, lagi padu!

Sumber : Alif Satar

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here