Tolong tangkap gambar raya, aksi bapa paksa anak ‘posing’ buat netizen geli hati

Sudah menjadi lumrah musim perayaan, mengambil gambar beramai-ramai bagi tujuan kenangan dan untuk dimuat naik ke media sosial mejadi keutamaan pada masa kini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, masing-masing segak menggayakan busana hari raya.

Sampai angkat kaki nak dapat shoot cantik

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh inajwarahman, dia telah memuat naik beberapa keping gambar semasa berhari raya bersama saudara-mara dan juga adik beradik. Namun begitu, menariknya gambar-gambar tersebut telah diambil oleh bapanya sendiri yang bertindak sebagai jurufoto.

Garang betul pakcik hahaha

Walaupun hasil gambar yang diambil agak memuaskan, tetapi gaya lucu bapanya begitu mencuit hati. Gigih memastikan kedudukan anak-anak gadisnya dalam gambar kelihatan cantik, bapa Najwa begitu bersungguh dalam mendapatkan angle terbaik untuk gambar yang diambil.

Macam-macam style!

Pengguna Twitter itu turut menyertakan beberapa lagi keping gambar hasil tangan bapanya yang boleh dikatakan agak memuaskan hati.

Bersyukur ada bapak pandai ambil gambar

Menerusi komen di Twitter, rata-rata terhibur dengan telatah ayah Najwa kerana begitu sporting untuk mengambil gambar anaknya.

Ayah awak ambil gambar lagi talent dari meber akuSporting betul!Gempak ayah awakBersungguh betul pakcik!

Sumber : INajwarahman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here