11 Mei sudah tiada di Sandakan, Haziq Aziz cuba fitnah menteri kabinet?

Pagi tadi, seorang lelaki dikenali sebagai Haziq Abdul Aziz telah membuat satu pengakuan menggemparkan apabila dengan berani mengaku merupakan individu yang terlibat dalam satu video panas bersama seorang lelaki yang didakwa menteri kabinet.

Video panas dirakam sewaktu PRK Sandakan

Video pengakuan berdurasi 34 saat itu telah dimuat naik ke laman sosial Haziq pada pgi tadi. Menerusi kenyataannya, video yang dirakam tanpa kebenarannya telah diambil pada 11 Mei 2019 iaitu semasa PRK Sandakan tempoh hari.

Melalui pengakuan video tersebut, Haziq telah menyebut nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan jelas yang didakwa turut terlibat dalam skandal video panas itu.

Berada di Istana Negara

Walau bagaimanapun, berdasarkan carian yang dibuat di Facebook Menteri kabinet itu, pada tanggal 11 Mei 2019, beliau tidak lagi berada di Sandakan kerana terlibat dalam urusan lain di ibu negara.

Berlepas ke Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Mei

Menteri kabinet tersebut telah berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Mei 2019 dari Sandakan selepas memberi ceramah pilihan raya kecil di sana.

Hal tersebut telah dimuat naik oleh seorang wakil rakyat di Facebooknya semasa menghantar menteri Hal Ehwal Ekonomi di lapangan terbang.

10 Mei di Sandakan

Pada 10 Mei 2019, Menteri Kabinet tersebut dilaporkan telah memberikan dokongan kepada wakil rakyat yang bertanding di atas parti Pakatan Harapan pada PRK Sandakan yang lepas.

Sumber : Azmin Ali, Haziq Aziz

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here