“Allah jawab doa aku.” – Lega video panas mirip Azmin Ali terbongkar, Ummi Hafilda luah perasaan

Video hubungan sejenis yang didakwa melibatkan orang kenaman negara yang tular hari ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Ramai juga yang telah tampil memberikan pandangan masing-masing.

Video tular, adik luah perasaan

Pagi tadi, salah seorang lelaki yang berada di dalam video seks sejenis itu telah tampil mengaku dan bersumpah bahawa individu tersebut adalah dirinya. Dikenali sebagai Haziq Aziz, lelaki tersebut juga merupakan setiausaha sulit kanan seorang timbalan menteri.

Dia telah mendakwa bahawa pasangannya di dalam video panas itu adalah Azmin Ali yang juga merupakan menteri kabinet dalam pentadbiran negera. Disebabkan hal tersebut, Azmin Ali teruk dihentam netizen dan juga ahli keluarganya sendiri.

Doa dah dimakbulkan katanya

Menerusi satu muat naik dari akaun Facebook adik kepada Azmin iaitu Ummi Hafilda Ali, dia mendakwa bahawa doanya hari ini telah dimakbulkan kerana terlalu lama memegang rahsia abangnya.

Siasat salah laku abang

Ummi Hafilda turut meminta agar pihak berkuasa menjalankan tugas sebaiknya supaya membongkar segala kegiatan yang didakwa dilakukan oleh Azmin Ali.

Tunggu tindakkan PM

Dia turut bersyukur kerana selepas berpuluh tahun akhirnya nasib dirinya terbela selepas difitnah sebegitu lama.

Walaupun tidak sahih lagi sama ada video yang tersebar itu benar ataupun tidak, namun luahan daripada Ummi Hafilda telah menimbulkan spekulasi baru mengenai hubungan mereka sekeluarga.

Mulalah tuduh menuduh

Status Ummi Hafilda itu telah mendapat ribuan komen daripada netizen yang rata-rata sekadar menunggu tindakan seterusnya daripada mereka yang terlibat. Mereka telah meninggalkan pelbagai maklum balas di Facebook sejak status tersebut tular.

Malaslah nak campurmana yang benar mana yang tidakApe yang merepek ni?Zaman fitnah merata

Sumber : Ummi Hafilda Ali

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here