Beli tanah 3 ekar, Sajat nak bina masjid & bagi rumah untuk staf

Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, usahawan kosmetik Nur Sajat bersyukur dapat membeli sebidang tanah di Kuala Sungai Baru, Melaka baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, pengasas Let’s Cantik itu memuat naik gambar dan video ketika ‘turun padang’ ke lokasi tersebut dan berhasrat mahu membina beberapa perumahan di situ.

Selain untuk disewa kepada para pelajar di sekitar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), dia juga ingin membina masjid atas tanah berkeluasan tiga ekar berkenaan.

34 tahun dah ada tanah sendiri!

View this post on Instagram

alhamdulillah.. dalam umur 34 tahun saya dah ada tanah sendiri!! amin🙏🏽 duit hasil saya menjual bengkung.. syukur rezeki dari Allah.. dan DOA MAK AYAH UNTUK SAYA💋

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

Hasil jualan bengkung selama 3 tahun!

View this post on Instagram

hujan rahmat…hujan rezeki.. kat sini saya nak buat perumahan,nak buat masjid atau surau kat sini.. saya berniaga menjual bengkung selama 3 tahun lebih,ini hasil nya.. alhamdulillah…saya banyak bantu mereka menjana perniagaan..saya ini nampak jer gelenyar.. tetapi saya masih waras lagi.. saya nak buat rumah Allah besar kat sini.. saya dah berniat dah.. doakan saya yer.. untuk mereka yang belajar di kolaj islam,boleh lah menyewakan kawasan perumahan saya.. rasa2 nak buat rumah apartment atau rumah tarace?? cer comment sikit!!

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

“Saya nak buat perumahan, nak buat masjid atau surau kat sini.. Alhamdulillah, saya nak buat rumah Allah besar kat sini.. Saya dah berniat dah.. Doakan saya yer,” tulisnya.

View this post on Instagram

bila ayah,mak dan sajat melawat tempat tanah hendak di majukan.. doakan saya yer!! nak jual rumah dalam bawah rm200k.. amin🙏🏽,saya ingat nak bagi the best STOKIS,rumah sebijik pada mereka yang gigih buat sale!!! baru betul2 reward kan!!! ada sesiapa nak beli tak rumah bawah rm200k.. kalau ada,sila PM BAWAH YER!!!

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

“Bila ayah, mak & Sajat melawat tempat tanah hendak dimajukan.. Doakan saya yer! Nak jual rumah dalam bawah RM200,000. Amin..

“Saya ingat nak bagi the best stokis rumah sebijik pada mereka yang gigih buat sale! Baru betul2 ganjaran kan,” katanya.

Rata-rata pengikutnya memuji kebaikan yang dilakukan usahawan berusia 34 tahun itu dan berdoa supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Makin orang kutuk, makin murah rezeki!Terbaik la Sajat!

Para pelajar KUIM juga tidak ketinggalan memberikan pendapat dengan menyatakan hasrat mahu Sajat membina beberapa kemudahan di sekitar kawasan pengajian mereka.

Rumah tu boleh la sewa

Baiki jalan, takde la rosak tayar kereta pelajarBuat wayang, pusat karaoke semua la!
Jangan lupa kedai makan!Tak pun pusat gym ke!

Sumber : Nur Sajat

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here