“Comel sangat dia…” – Senyuman bakal terukir kembali, Ainul Mardhiah sudah sedar

Tiada kata yang dapat diungkapkan, hanya rasa syukur sahaja yang mampu dipanjatkan ke hadrat Ilahi selepas menerima berita bahawa pembedahan adik Ainul hasil daripada sumbangan orang ramai akhirnya berjaya dilakukan.

Selepas hampir lima jam pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulut Ainul, kini difahamkan bayi bertuah itu mula menunjukan maklum balas positif.

Ainul dah boleh buka mata…

Menerusi gambar yang dikongsikan ibunya, Nurul Erwani, di laman Instagram menunjukan Ainul sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

View this post on Instagram

London, 16:18 petang. Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu😊 Love you Ainul❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Perlahan2 ye Ainul…

Dilihat, bayi bertuah itu sudah boleh membuka mata, tidak digambarkan betapa gembiranya ibu dan ayah Ainul dapat mereka sekali lagi menatap senyuman anak mereka semula.

Ainul yang kini masih lagi dipantau unit rawatan rapi, masih menunggu keputusan petugas perubatan untuk ditempatkan ke wad biasa.

Pada masa yang sama, kedua ibu dan bapa Ainul, masih mengharapkan doa orang ramai agar anak mereka diberikan kesembuhan dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Sumber : Nurul Erwani & Ahmad Safiuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here