“Hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian…” – Netizen kagumi ketabahan Ain Afini

Terbaru, Ain Afini, bekas isteri Abu Sufyan, membuat satu perkongsian di laman Instagramnya, menzahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi lelakinya yang selama ini dinantikan.

Walaupun diduga dengan penceraian ketika sedang sarat mengandung, menerusi bait-bait kata Ain di Instagramnya, segala rasa marah dan kecewa dalam dirinya sudah semakin pudar.

Tiada kebencian dalam jiwa Ain…

Walaupun diduga dengan penceraian ketika sedang sarat mengandung, menerusi bait-bait kata Ain di Instagramnya, segala rasa marah dan kecewa dalam dirinya sudah semakin pudar.

Di dalam tulisannya, menunjukkan seperti dia sudah pun redha dengan ujian hidup yang dihadapinya, dan memilih untuk lebih memaafkan dan tidak mahu menyimpan rasa benci dalam jiwanya.

“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian…”

Terima kasih ayah, tolong uruskan makcik ni

Malah, dalam entrinya juga, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya, di atas kesudiaan menguruskan segala urusan sepanjang proses kelahiran.

“Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ini…”

Tahniah, awak contoh wanita hebat…

Melihatkan kemulian hati wanita itu, rata-rata netizen nyata kagum dengan ketabahan yang dimilikinya walaupun apa yang ditempuhinya adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Semoga Ain mendapat jodoh yang baik lepas ni…
Mulianya hatimu Ain…Hebatnya kamu, tabahnya kamu…

Sumber : Ain Afini

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here