“Kita dah cukup trauma…” – KJ minta berhenti beri perhatian pada berita politik ‘kotor’

Hari ini seluruh portal berita dan sosial media kecoh dengan penularan video panas seorang ahli politik yang cukup dikenali bersama dengan seorang lelaki yang juga seorang kakitangan kerajaan.

Lebih hangat lagi, lelaki yang terlibat dalam aksi ranjang tersebut telah pun membuat pengakuan secara terbuka di media sosial miliknya, bahawa memang dia lelaki di dalam video panas bersama ahli politik tersebut.

Namun, bagi ahli parlimen Rembau, Khairi Jamaluddin, menerusi perkongsian di Instagram, turut meluahkan pandangannya mengenai isu panas ini.

Politik boleh jadi kotor dan busuk!

Menurutnya, duduk di dalam dunia politik adalah satu profesi yang berat yang disifatkannya sebagai kotor dan boleh menjadi terlalu jijik sehingga tak terjangkau di akal.

Tambahnya lagi, pendedahan ini tidak sepatutnya berlaku dan menjadi tontonan generasi baru, kerana kita sudah sediakala trauma dengan fitnah yang telah berlaku sebelum ini.

Berhenti beri perhatian pada berita ‘kotor’

Bekas menteri Belia dan Sukan itu juga sempat mengingatkan agar orang ramai berhenti dan mengabaikan segala berita ‘kotor’ mengenai politik kerana ia hanyalah semata-mata berniat mahu menjatuhkan seseorang.

“Hari ini, kalau ternampak berita ‘kotor’ mengenai politik, jangan beri perhatian, perkara buruk macam ni berjaya untuk jatuhkan orang kalau kita beri perhatian…”

Dunia semakin tenat dengan sikap manusia zaman sekarang, apa sahaja mampu dilakukan untuk mengecapi kesenangan dunia, betul atau salah jadi tempat kedua, semoga isu ini dapat diselesaikan secara telus dan adil.

Sumber : Khairi Jamalulludin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here