Mesra rawat pesakit semasa hidup, pesakit balas budi tampil cantikkan kubur doktor

Sudah seminggu masyarakat Muslim di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, tidak semua insan merayakan hari mulia tersebut dengan orang yang disayangi.

Hilang bapa sehari sebelum lebaran

Menerusi satu perkongsian daripada pengguna media sosial yang dikenali sebagai Diyanah Faridza, bapanya telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum umat Islam menyambut lebaran.

Assalammualaikum wbt,Sama sama kita mendoakan ayah saya, Mohd Faridza bin Yaacob yg telah menghadap Ilahi pada lebih kurang pukul 9pm tadi. Al-Fatihah

Posted by Diyanah Faridza on Tuesday, June 4, 2019

Ramai yang hadir menziarahi jenazah

Allahyarham bapanya merupakan seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri telah meninggal dunia dan jenazahnya disemadikan pada hari pertama Aidilfitri. Walau bagaimanapun, pemergian ayahnya telah mendapat perhatian ramai berikutan kerjayanya sebagai doktor dan kerap membantu para pesakit.

Pesakit cantikkan kubur doktor

Paling mencuri tumpuan adalah muat naik Diyanah di Twitter miliknya ketika dia datang ke tanah perkuburan beberapa hari selepas pemergian bapaya. Seorang lelaki warga emas yang bertugas sebagai penjaga kubur telah mencantikkan kubur bapanya.

Penjaga kubur tersebut merupakan salah seorang daripada ratusan pesakit bapanya yang kerap mendapatkan rawatan di klinik milik keluarga.

Berkat kerja dia semua orang sayang

Perkongsian yang dibuat oleh itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka amat mengenali Allahyarham Dr. Faridza. Mereka turut meninggalkan ucapan takziah kepada Diyanah sekeluarga diatas kehilangan bapa tercinta.

Beliau amat mesra & mudah dihubungiSalam takziah kepada keluarga

Sumber : Diyanah Faridza

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here