“Tak hidup dipuji, tak minta dikeji…” – Dr.Amalina kini meniti di bibir rakyat Malaysia

Berkat bersatu doa dan pertolongan oleh seluruh rakyat Malaysia, akhirnya penderitaan yang dialami oleh adik Ainul Mardhiah hampir berakhir.

Rezeki Allah, bantuan buat adik Ainul datang dengan pelbagai cara, termasuk daripada Dr.Amalina Che Bakri, antara individu yang bertanggungjawab membawa Ainul sehingga ke London.

Kalau dahulu dia menjadi pelajar Malaysia yang dikagumi, kini Dr.Amalina telah diangkat sebagai wira buat adik Ainul di atas usaha murninya menjadi penggerak utama misi membawa bayi bertuah itu ke London untuk menjalani pembedahan.

Tanpa Dr.Amalina kami takkan tahu…

Malah, menerusi satu laporan media, menurut pakar bedah Juling Ong, yang bertanggungjawab memastikan pembedahan Ainul selamat, berkata tanpa Dr. Amalina, pihaknya mungkin tidak akan tahu mengenai penderitaan Ainul.

“Tanpa Dr.Amalina, kami tidak akan tahu mengenai kes ini dan sumbangan rakyat Malaysia sehingga membolehkan Ainul menjalani rawatan di sini…”

Tak minta dipuji…

Menerusi satu perkongsian di IG story pula, doktor muda itu sempat meluahkan kata-kata, bahawa segala yang dilakukan bukanlah semata-mata mahu menagih pujian, sebaliknya hanya mahu menjadi dirinya sendiri.

Terima kasih Dr. Amalina…

Kini nama Dr.Amalina dijadikan trending kelapan paling tinggi di Twitter dengan 39 ribu tweets, pengguna Twitter pula tidak putus-putus mengucapkan terima kasih di atas jasa baiknya kepada adik Ainul sekeluarga.

Well done Dr!Usaha Dr Amalina memberi inspirasiDr Amalina idolaku…

Sumber : News Straits Time, Dr. Amalina & Twitter

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here