“Yeop sayang kau Jep…” – Kritikal setelah kemalangan, adik Afdlin Shauki meninggal dunia

Hari ini kita perkhabaran sedih, dimaklumkan bahawa adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, dikenali sebagai Jefri Adzman yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan telah meninggal dunia pada jam 5.14 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh Afdlin menerusi Instagramnya, menyatakan adik yang dirawat di Hospital Thomson, Kota Damansara, tidak dapat diselamatkan.

Tolong maafkan segala salah dan silapnya…

Dalam entri di IG, Afdlin meminta agar pada sesiapa yang mengenali arwah adiknya, dia bagi pihak arwah ingin memohon maaf dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya terhindar daripda seksa kubur.

View this post on Instagram

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya. Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Sekarang adik dah boleh jaga mak…

Perit untuk ditelan, selepas kehilangan ibu tercinta kini Afdlin terpaksa berdepan dengan satu lagi kehilangan, namun buat dirinya dia hanya berharap bahawa roh adik dan ibunya sejahtera di alam yang baru.

Salam takziah…

Terkejut dengan berita yang menyedihkan itu, rata-rata rakan artis dan juga pengikut di Instagramnya tidak putus-putus memberi ucapan takziah serta doa buat Afdlin sekeluarga.

Semoga arwah tenang disana…

Sehingga kini Afdlin masih lagi sedang berusaha untuk mencari saksi kejadian mengenai kemalangan yang melibatkan arwah adiknya.

Diharapkan, pihaknya dapat mencari saksi dan individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Sumber : Afdlin Shauki

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here