19 tahun curah bakti demi negara, Chong Wei nak langsai hutang ‘honeymoon’ dengan isteri

Selepas mengumumkan persaraan daripada arena badminton tengahari tadi, Datuk Wira Lee Chong Wei telah memberitahu serba sedikit kepada media mengenai perancangannya untuk masa akan datang.

Bersara dan ingin berehat

Lee Chong Wei yang menyatakan bahawa pengundurannya sebagai pemain badminton negara adalah disebabkan faktor kesihatan dan tiada langsung desakan daripada mana-mana pihak.

Pengumum tersebut telah dibuat di Wisma Kementerian Belia dan Sukan yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hutang honeymoon dengan isteri

Oleh sebab itu, Chong bercadang ingin membawa isterinya serta keluarga pergi bercuti dan berehat kerana sebelum ini beliau kurang masa bersama orang tersayang. Kenyataan tersebut telah dipetik daripada penulisan Sinar Harian merujuk kepada sidang media tengahari tadi.

“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.”

“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu.” -Katanya.

Dalam sidang media itu juga, Chong Wei turut menyatakan bakal meerindui semua yang ada dan pernah menyokong kariernya dari bawah sehingga beliau berada di puncak.

Jasamu dikenang Datuk!

Menjengah ke ruangan Facebook sumber, rata-rata warganet mengucapkan selamat bersara kepada jaguh badminton negara itu dan menyokong tindakannya yang ingin berehat bersama ahli keluarga tercinta.

Nanti boleh curah ilmu dekat genarasi baruKelibat Datuk dalam sukan badminton pasti dikenangPusing satu dunia laa Datuk

Sumber : Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here