Bawa pekerja tunai umrah, pembantu peribadi dedah sikap mulia Neelofa!

Neelofa atau mesra dikenali sebagai Lofa baru-baru ini mendapat pujian ramai setelah memuat naik beberapa keping gambar ketika menunaikan umrah di tanah suci, Makkah.

Tidak memakai solekan, wajahnya nampak bersih dan berseri sehingga menjadi buah mulut ramai yang kagum dengan kecantikan semulajadi yang dimilikinya.

Terbaru, adiknya Athisha Khan telah berkongsi video yang didedahkan oleh pembantu peribadinya, Nadiah Khairuddin mendedahkan sikap mulia usahawan berkenaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, namun sebagai majikan rupanya pengacara itu turut membawa pekerjanya bagi mengerjakan ibadah umrah.

What people don’t see or choose NOT to see. Kak Neelofa’s PA posted this. She has a heart of gold, ya Allah. I know this might be hardly even anything to some people but I’m just proud to be her sister pic.twitter.com/ym2o7uEN9g

— Athisha Khan (@ashishakhan) June 12, 2019

Nadiah telah memuat naik video Neelofa yang sedang menantikan dirinya sambil membaca Al-Quran.

“Dahlah dia bawa kita datang sini, lepas tu dia selalu tunggu kita. Baiknya dia ni. So grateful to have a boss like you,” ujar Nadiah.

Oleh kerana sering terpalit dengan kontroversi sensasi, hal demikian telah membuka mata ramai bahawa selebriti terkenal ini merupakan seorang majikan yang sangat pemurah dan baik hati.

Posting tersebut telah menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata mengucapkan syukur dan berasa kagum dengan sikap mulia selebriti berkenaan.

Alhamdulillah! Jasa bos akan dikenang

Sumber : lofa.world

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here