Konon jadi mangsa pukul, wanita kalah saman fitnah terhadap PU Faiz

Pernah kecoh suatu ketika dahulu kisah Naib Juara program realiti, Pencetus Ummah Faiz yang didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita bernama, Nurul Intan Sakinah September 2016.

Kini akhirnya kebenaran telah terbongkar, ternyata segala tuduhan yang dilemparkan terhadap PU Faiz adalah satu fitnah semata-mata , selepas PU Faiz menang dalam kes saman terhadap wanita tersebut.

Alhamdullilah memang saman…

Difahamkan wanita terbabit dikehendaki membayar tuntutan saman sebanyak RM153,000 kepada pihaknya dalam tempoh 14 hari bermula Rabu.

Alhamdulillah Menang SAMAN Fitnah terhadap Nurul Intan Sakinah Binti Azmi.Bersyukur kehadrat Allah dan jutaan terima…

Posted by Ahmad Faiz Hafizuddin on Tuesday, June 11, 2019

3 tahun tak dibenarkan buat ceramah gara2 fitnah

Ketika ditemubual media, disebabkan fitnah yang dilemparkan wanita tersebut kepadanya, membuatkan hampir tiga tahun dia tidak dapat menjalankan kerja-kerja dakwah dan ceramah.

Tambahnya lagi, mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar sering melontarkan kata-kata cemuhann kepadanya, malah ada beberapa masjid tidak membenarkannya mengajar di tempat mereka.

Jangan hanya sebar berita buruk…

Disamping itu, Faiz berharap dengan kemenangan ini dapatlah sedikit sebanyak membersihkan semula nama baiknya dan juga program Pencetus Ummah yang sejak akhir-akhir ini banyak terpalit dengan isu-isu panas.

“Jangan hanya menyebarkan berita buruk dan syubhah pasal PU , kalau berita PU yang baik baik senyap tak nak sebar, itu budaya yang tidak sihat…”

Sumber : Ahmad Faiz Hafizuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here