Kronologi kisah perjalanan Ainul Mardhiah, syabas rakyat Malaysia!

Seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa syukur kerana segala doa dan sumbangan kepada bayi bertuah Ainul Mardhiah, dikurniakan hikmah yang baik apabila pembedahan pembuangan tumor berjaya dilakukan.

Berita mengenainya telah mendapat perhatian meluas daripada pelbagai media, berikut adalah kisah penjalanan Ainul Mardhiah dalam bertarung mendapatkan semula senyuman di bibirnya.

Kronologi pembuangan tumor Ainul Mardhiah…

9 April 2019 : Kisah Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumour tersebar dan mendapat perhatian media, pelbagai jenis bantuan diterima, malah ada yang sanggup menjual barangan berharga demi membantu menampung kos perubatan Ainul.

21 April 2019 :Dr. Nur Amalina telah menghubungi ibu Ainul, Nurul Erwani bagi menyatakan niatnya untuk membantu Ainul mendapatkan rawatan pakar di UK.

10 Mei 2019 : Ainul mendapat bantuan daripada kerajaan Melaka yang sanggup membiayai kos pengangkutan dan penerbangan bayi bertuah itu ke United Kingdom bagi menjalani rawatan.

13 Mei 2019 : Maklum balas daripada kumpulan pakar bedah dari UK telah diterima susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul.

15 Mei 2019 : Pasport perjalanan Ainul dan keluarganya berjaya dibuat dengan bantuan daripada agensi kerajaan terutama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

24 Mei 2019 : Ainul dan kedua ibu bapa berlepas ke London bagi menjalani rawatan pembuangan tumor dan selamat sampai ke bumi London pada 25 Mei.

6 Mei 2019 : Peperiksaan dilakukan terhadap Ainul bagi menilai tahap kesihatan bayi bertuah itu.

10 Jun 2019 : Setelah hampir lima jam bertarung nyawa, petugas perubatan memaklumkan bahawa pembedahan Ainul berjaya dan tumor seberat 200 gram berjaya dibuang tanpa berlaku komplikasi.

11 Jun 2019 : Ainul sudah mula sedar dan keadaannya semakin stabil.

Syukur dengan segala nikmat yang diberikan Allah kepada bayi comel ini, terima kasih juga buat seluruh Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan, dengan bantuan anda juga pembedahan ini berjaya dilakukan.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here