Member tayang kereta mewah, tapi hutang bertahun2 tak bayar buat lelaki ini bengang!

Sudah menjadi kewajiban bagi individu yang berhutang untuk membayar semula duit yang telah dipinjam. Walaupun begitu, kebanyakkan orang yang memberi wang pula terpaksa merayu untuk menuntut semula hak mereka.

Begitu nasib seorang lelaki ini apabila rakannya liat membayar hutang menerusi posting di akaun Twitternya yang kini mendapat perhatian ramai sehingga meraih 4,000 ‘retweets’.

Namun lebih mengejutkan apabila rakannya itu mampu memiliki sebuah kereta mewah dalam situasi hutangnya yang masih belum dilangsaikan.

Masa nak pinjam merayu sebab nak bayar duit rumah sewa…

Apa perasaan kau bila orang berhutang dengan kau tapi tak reti nak bayar tapi dekat laman sesawang kemain lagi sibuk duk tayang pakai minicooper? Aku mental wei.

Masa nak minjam merayu sebab nak bayar duit rumah sewa dari 2017. pic.twitter.com/eh5mgBXyGk

— Anak Cik Nan (@anakciknan) June 12, 2019

Perkara ini diketahui apabila rakannya itu mula ‘show-off’ kereta mewahnya iaitu Mini Cooper di akaun Twitternya.

Posting rakan :

Justeru itu, lelaki berkenaan juga memberitahu bahawa dia sudah berkali-kali meminta agar rakannya bernama Paan itu membayar hutang namun tiada sebarang respon yang diterima.

Mana duit RM600 aku?

Terpaksa post sebab jalan terakhir untuk menagih hutang…
Dia merayu dekat aku… Janji minggu depan nak bayar (2017)Sebulan sekali aku minta, aku pun nak guna duit…

Atas dasar belas kasihan, lelaki ini memberi wang pinjaman setelah mendengar kesusahan rakannya namun siapa sangka, inilah balasan yang diperolehi selepas membuat kebaikan.

Aku ni senang luluh hati…Aku naik angin bila dia post kereta mewah… Aku kereta biasa jeAku kena tukar duit travel2 sebelum ni untuk teruskan hidupMula2 serba salah nak tweet…Kita bangkit sama2 banteras manusia macam ni…

Ternyata posting itu mendapat perhatian ramai yang turut meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen selain menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan masalah sedemikian rupa.

Aku ada member macam ni…Dia tak mengaku dia hutang aku…Dah la hutang tak bayq pastu duk show offBeli macam2 tapi hakikatnya hutang tak bayar pun…

Sumber : Anak Cik Nan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here