“Mesti orang ada2 ni.” – Umur baru 25 tahun, wanita cantik ini dah ada 5 orang cahaya mata!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu ingin dikurniakan cahaya mata. Namun begitu, tidak semua orang dikurniakan rezeki anak dalam masa singkat kerana ada saja yang menunggu hampir bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri.

Beranak setahun seorang

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari Facebook Nieyssa Hashim, dia memberitahu bahawa telah melahirkan lima orang anak dalam masa lima tahun sahaja. Sejak 2012 sehingga 2018, dia telah melahirkan anak-anak yang comel setiap tahun.

Nieyssa turut mengakui bahawa sepanjang tempoh itu masa yang dihabiskan hanyalah dengan anak-anak dan keluarga sahaja. Cabaran yang dilalui dalam menghadapi situasi anak-anak masih kecil dan mempunyai bayi lagi bukanlah sesuatu yang mudah diuruskan jika tidak mepunyai sokongan daripada suami dan ahli keluarga.

Saya sokong orang beranak ramai

Namun begitu, usahawan cantik berusia 25 tahun ini tetap gembira menjalani kehidupan hariannya dan amat menyokong tindakan mana-mana wanita yang ingin mempunyai anak ramai.

Kecil-kecil memang mencabar sikit

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Nieyssa itu telah mendapat pelbagai maklum balas yang berbeza daripada netizen. Ada yang menyokong kenyataannya mengenai rezeki yang diperoleh diusia muda dengan kelahiran anak ramai dan ada juga yang mengatakan bahawa jumlah anak perlulah seiring dengan kewangan keluarga.

Anak-anak dah besar mesti rindu wajah comel merekakalau kewangan ok, suami banyak tolong boleh sajaMesti orang ada-ada ni

Sumber : Nieyssa Hashim

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here