“Nanti mama ajar cakap sikit2..” – Ainul semakin baik, senyum pada ‘nurse’

Selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya Isnin lalu, ibu kepada Ainul Mardhiah memberitahu anaknya berada dalam keadaan baik dan bertenaga.

View this post on Instagram

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️ Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami💕 Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

View this post on Instagram

London, 16:18 petang. Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu😊 Love you Ainul❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Menerusi laman Instagram, Nurul Erwani berkongsi tahap kesihatan terkini bayi berusia sembilan bulan itu bersama pengikutnya malam tadi.

View this post on Instagram

Rabu, 12 Jun 19 London, 9:00 malam. Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi. Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse😊. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya. ❤️❤️❤️

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.

“Nurse pun beritahu Ainul baik hari ni, dah senyum-senyum dekat nurse😊. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya,” tulisnya.

View this post on Instagram

Update 2:32am ( London )

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Melihat keadaan Ainul yang kuat bertarung dalam kesakitan, rata-rata netizen mengucapkan syukur dan berdoa agar terus diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

View this post on Instagram

Alhamdulillah.

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Alhamdulillah!Terus kuat & cepat sembuh

Sebak setiap kali baca pasal Ainul
Syukur, Maha Suci Allah!Ainul anak yang kuat
Cepat sembuh sayang!

Sumber : Nurul Erwani , Ahmad Safiuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here