Nasib baik dijumpai polis peronda! Kanak2 merayau seorang diri tanpa baju

Sekiranya mempunyai anak yang masih kecil, ibu bapa sudah tentu memainkan peranan besar dalam memastikan aspek keselamatan mereka.

Terlepas pandang sikit, habis hilang si kecil tanpa arah seperti kejadian yang berlaku di Kuala Kangsar, Perak hari ini.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook, seorang kanak-kanak perempuan telah dijumpai oleh dua anggota peronda ketika sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar.

Difahamkan, kanak-kanak berusia lima tahun itu sedang merayau seorang diri berdekatan Jambatan Sayong sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Kangsar bagi menjejaki ibu bapanya.

Namun dengan bantuan orang ramai, kanak-kanak berkenaan sudah selamat diserahkan kepada bapanya tengahari tadi.

Kejadian tersebut mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana ramai menyalahkan sikap cuai ibu bapa kanak-kanak itu.

Kenapa la boleh terbiar macam ni Amik tindakan terhadap ibu bapa!

Sibuk main PUBG ke?

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen menyifatkan kejadian terbabit boleh dijadikan pengajaran buat setiap ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak masing-masing.

Harap ibu bapa bagi perhatianPeringatan buat semua!

Sumber : Parit Buntar , Musibah Malaysia

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here