Pilih pakai tenunan kain dari banduan, mulianya hati Permaisuri Agong

Jarang dapat lihat mana-mana keluarga Diraja memilih untuk memakai pakaian yang dihasilkan oleh banduan penjara, terutama sekali pada istiadat pertabalan.

Namun, bersempena istiadat Pertabalan Yang di-Pertua Agong ke-16 yang bakal diadakan pada 30 Julai ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah telah menitahkan kepada Penjara Penor dan Bentong untuk menghasilkan tenunan khas oleh hasil kerja tangan penghuni kedua-dua buah penjara tersebut.

Kain tenunan rekaan khas…

Tambahan, yang menjadikan kain tenun itu sangat eksklusif adalah disebabkan idea dan sentuhan rekaan kain itu adalah ilham oleh Permaisuri Agong itu sendiri.

Permaisuri Agong berkata, baginda memilih untuk memakai persalinan tenunan banduan penjara adalah sebagai satu penghargaan daripada baginda selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.

Penerimaan kain tenunan khas…

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong Tunku Azizah telah berkenan menerima hasil kain tenunan khas tersebut sebanyak empat pasang di Istana Negara hari ini.

Tunku Azizah juga menyatakan bahawa ilham bagi rekaan kain tenunan datang dari alam semula jadi seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.

Permaisuri yang rendah diri…

Selepas berita tersebut tular, ramai yang telah memberikan komen positif. Mereka memuji keperibadian Tunku Azizah yang rendah diri.

Sumber: Astro Awani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here