Setelah terlalu lama mulut Ainul terbuka kerana tumor, kini sudah hampir tertutup

Sejak daripada berita mengenai pembedahan Ainul berjaya, orang ramai masih tidak putus-putus lagi menzahirkan rasa syukur dan doa buat kesembuhan si buah hati Malaysia.

Namun, dapat diperhatikan, walaupun ketumbuhan di mulut Ainul sudah dibuang, tetapi agak memakan masa untuk mulut bayi itu kembali tertutup.

Semoga mulut Ainul akan tertutup semula…

Sejak ketumbuhan itu hidup di dalam mulut Ainul, keadaan mulut bayi bertuah sentiasa berada dalam keadaan terbuka, justeru membuatkan Ainul masih lagi tidak dapat membiasakan diri dengan dengan keadaannya tanpa ketumbuhan itu.

Bapanya, Ahmad Safiuddin, dia dan isteri masih lagi mengharapkan doa orang ramai agar mulut Ainul boleh kembali normal seperti sediakala.

“Doakan Ainul Mardhiah dapat menutup mulutnya. Sekarang pun mulutnya hampir tertutup. Berkat doa semua anak saya akan kembali sembuh…”

Hari ini saya nampak dia senyum…

Tambahnya, lagi dia bersyukur dengan berkat doa orang ramai, kesihatan Ainul semakin bertambah baik malah buah hati Malaysia sudah boleh mengukir senyuman.

“Keadaan Ainul Mardhiah semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini, Ainul akan dipindahkan ke wad biasa. Hari ini, saya nampak dia senyum dan yakin Ainul Mardhiah kuat…”

Semoga segala proses rawatan Ainul berjalan lancar dan dipermudahkan, tak sabar nak lihat lagi senyuman comel si buah hati rakyat Malaysia ini.

Sumber : Ahmad Safiuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here