“Terima kasih Malaysia.”- Dengan linangan air mata, Lee Chong Wei umum persaraan

Selepas pelbagai pencapaian diterima sepanjang kariernya, hari ini, Datuk Wira Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraannya sebagai seorang pemain badmintan profesional nombor satu negara.

Lee Chong Wei telah membuat pengumuman ini menerusi sidang media pada pukul 12.30 tengahari. Beliau telah menjelaskan bahawa persaraanya ini tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Ia adalah semata-mata kerana sudah tiba masa beliau menggantung raket dan juga memikirkan tahap kesihatannya seperti saranan doktor.

Lee Chong Wei gantung raket

Sidang media yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Putrajaya.

[LIVE] Sidang media khas oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) #putrajaya#BHTV#NSTTV#METROTV

Posted by Harian Metro on Wednesday, June 12, 2019

Lee Chong Wei dilihat menitiskan air mata sepanjang sidang media tersebut dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, rakan seperjuangan, jurulatih, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia diatas sokongan kepadanya selama ini.

Berehat bersama keluarga

Menerusi sidang media yang dibuat secara Live di Harian Metro, beliau menjelaskan ingin bereha dan bersama keluarga selepas 19 tahun berjuang mengharumkan nama negara.

Terima Kasih Datuk!

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton sidang media tersebut telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Harian Metro dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga maju jaya untuk lagenda badminton tanah Air ini.

Selalu menjadi nombor satu di hati rakyat Malaysia

Hilang sudah ratu & raja bidang sukan Tanah Air

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here