Tiada lagi derita Ainul, netizen cadang Dr. Amalina layak diberi gelaran Datuk

Pelatih surgikal yang bertapak di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana merupakan ‘tulang belakang’ dalam misi pembedahan Ainul Mardhiah.

Doktor selebriti itu mula memberi perhatian setelah kisah penderitaan bayi berusia sembilan bulan berkenaan tular di laman media sosial.

Setelah berjaya melakukan pembedahan dua hari lalu, wanita berusia 32 tahun itu dihujani ucapan tahniah dan terima kasih daripada netizen atas usaha beliau membawa keluarga Ainul ke London.

Justeru ada segelintir netizen meluahkan pandangan bahawa Dr Amalina selayaknya diberikan penganugerahan kerana sumbangan dalam menyelamatkan nyawa seorang individu.

Besar sumbangan beliau!Memang layak dapat Datuk!

Harap2 Sultan Johor bagi penghargaanTolong la bagi…Kena bagi gelaran!“Datuk Dr. Amalina”

Terdahulu, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin memberitahu anaknya sudah sedar namun masih dirawat di unit rawatan rapi sebelum dipindahkan ke wad biasa.

Sumber : Twitter

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here