Tular video minah saleh cakap utara, tak kisah jodoh orang Malaysia

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang minah saleh yang bercakap dalam loghat utara menjadi tular di laman media sosial.

Nah, amek hang sekali cakap utaqa keluaq abeh noh 😂 pic.twitter.com/qOyMR6i6aA

— H (@it4chta1) June 10, 2019

Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut iaitu Rita Kalsom Rafi sememangnya fasih bertutur loghat Pulau Pinang kerana ibunya berkahwin dengan warganegara England.

“Setiap kali saya pulang dari England ke Balik Pulau, banyak perkara yang mahu saya ceritakan kepada nenek tapi dia tidak tahu berbahasa Inggeris lalu saya tekad bagi belajar bahasa Melayu.

“Malah, ketika berbual atau bertanyakan sesuatu dengan ibu dalam bahasa Inggeris, dia menjawab dalam bahasa Melayu dan daripada situ saya mempelajarinya,” katanya.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia menyukai makanan tempatan seperti lemang, rendang, cendol dan nasi kandar.

Bukan itu sahaja, jurulatih peribadi dan guru yoga berkenaan juga pandai memasak beberapa menu tempatan seperti rendang daging dan ayam masak merah.

Rita juga sering pulang ke Pulau Pinang terutama ketika musim durian kerana mahu menikmati kelazatan raja buah berkenaan.

❤️ From London with love @ 5th Day Raya. Dari pagi hingga ke malam spend masa dgn anak didik yg manja ni dgn slang Penang Rita Mangan. 2 thn dah bertemu kita setelah 25 thn x bersua.

Posted by Noor Aliza Che Mat on Sunday, June 9, 2019

Menurut kakak angkatnya Noor Aliza Che Mat, dia mula mengenali Rita Kalsom ketika menjalani latihan praktikal sebagai guru di Sekolah Convent Lebuh Light, Georgetown ketika wanita itu berusia 10 tahun.

Walaupun bagaimanapun, hubungan mereka bak anak-beranak itu terpisah setelah Rita Kalsom mengikuti bapanya yang menetap ke England.

“Rita Kalsom pernah berkata tidak memilih jodoh orang tempatan atau sebaliknya, tetapi jika dengan orang tempatan dapatlah dia tinggal dekat dengan ibunya,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here